Thursday, December 20, 2012

Cuaca di Tanah Suci

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah kita panjatkan rasa kesyukuran kepada Allah di atas nikmat Islam dan Iman. Tahniah kepada yang akan menunaikan ibadah Umrah atau yang dapat menjejakkan kaki di tanah suci. Setiap apa yang kita miliki dan perolehi atau alami..itu adalah dengan izinNya jua. 


Apabila kita dipilih untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci, banyak perbezaannya dari segi suasana, cuaca, persekitaran dan sebagainya. Darul Mubarak ingin berkongsi beberapa info cuaca sebagai persediaan bagi mereka yang ingin pertama kali menjejakkan kaki di tanah suci. Begitu juga bagi mereka yang ingin menziarahi bumi anbia' buat kali kedua dan seterusnya.

Suhu di Tanah suci amat sejuk terutamanya bulan Disember hingga bulan Mac dan suhunya juga amat panas pada bulan-bulan tertentu. Walaupun dalam keadaan panas atau sejuk, udaranya tetap berdebu dan kering. Sekiranya jemaah lama berada di tanah suci, jemaah akan menempuh cuaca yang berbeza daripada tanah air kerana cuaca di Tanah Suci sentiasa berubah khususnya cuaca di Madinah yang adakalanya amat sejuk sehingga berada di bawah paras 10 darjah celcius. 

Cuaca di Makkah pula agak panas dengan hawa berdebu dan kering. Oleh itu, persediaan kena dilakukan kerana keadaan ini mungkin akan menyebabkan gangguan kesihatan seperti batuk, selsema, demam, bibir dan tumit kaki pecah, kekeringan dan sebagainya. Kadangkala hujan turun tanpa diduga dan keadaan mungkin menyebabkan kelicinan pada lantai masjid. Jadi perlu hati-hati. 

Bagi menghadapi cuaca sejuk yang keterlaluan,jemaah umrah perlu memakai pakaian tebal samada dengan membawa dari tanah air atau membelinya di sana. 

Semoga beri manfaat ^^

MADINAH

Bulan
Min Suhu  oC
Min Jumlah Hujan
(mm)
Min BilanganHari Hujan
Harian
Minimum
Harian Maksimum
Jan
11.6
23.9
5.8
2.4
Feb
12.9
25.8
3.0
1.4
Mar
16.4
29.6
12.5
3.3
Apr
20.8
34.7
15.4
4.7
May
25.3
39.2
7.6
2.8
Jun
28.1
42.7
0.4
0.2
Jul
28.8
42.7
0.0
0.3
Aug
29.2
43.1
4.1
1.0
Sep
27.6
42.0
0.5
0.6
Oct
22.6
36.8
4.2
2.3
Nov
17.3
30.0
16.0
4.4
Dec
13.5
25.7
8.1
2.8



MAKKAH

BULAN
MIN SUHU oC
Min Jumlah Hujan
(mm)
Min BilanganHari Hujan
Harian
Minimum
Harian
Maksimum
Jan
18.6
30.2
16.1
3.9
Feb
18.3
31.2
1.3
0.9
Mar
20.6
34.4
6.0
1.8
Apr
24.0
38.3
9.9
1.9
May
27.4
41.8
0.7
0.8
Jun
28.0
43.6
0.0
0.1
Jul
28.6
42.8
2.1
0.3
Aug
28.9
42.6
6.3
1.6
Sep
28.5
42.6
4.7
2.6
Oct
25.5
39.8
11.1
2.2
Nov
22.5
34.8
25.9
4.7
Dec
20.0
31.6
25.6
4.3

Catatan:

* Maklumat klimatologi berdasarkan purata bulanan bagi tempoh 20 tahun 1981-2000.
* Perhatian: Sila ambil perhatian bahawa tempoh purata untuk maklumat klimatologi dan takrif “Min Bilangan Pemendakan / Hujan Hari” yang dipetik dalam laman web ini mungkin berbeza bagi negara-negara yang berbeza. Oleh itu, penjagaan perlu diambil apabila climatologies bandar berbanding.


SUMBER : http://www.worldweather.org/index.htm

No comments:

Post a Comment