Saturday, September 29, 2012

Promosi Umrah 2013!

Pihak kami menawarkan pakej ekonomi dengan pelbagai kemudahan dan keistimewaan dengan khidmat yang  lebih meyakinkan anda. Kami menyediakan penginapan di hotel yang selesa serta berdekatan Masjidil Haram. Makanan disertakan bersama di dalam pakej dan makanan yang disediakan adalah halal dan mengikut selera Melayu. Kami juga mengadakan kursus umrah secara percuma sebelum berangkat.

Selain itu, anda akan mendapat pembimbing berpengalaman  yang mengajar teori & ramai pengiring yang sentiasa bersedia sepanjang disana. Anda juga akan menerima beg sandang, beg galas dan buku panduan umrah setelah berdaftar & setelah selesai membayar deposit. Apabila tiba di tanah suci, anda akan dibawa untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah & Madinah yang pasti menjadi kenangan manis selain daripada melakukan umrah 7 kali. Istimewanya anda apabila menyertai umrah bersama kami ialah anda akan mendapat lawatan tambahan ke kilang cetak Al-Quran, Kilang Tenun Kelambu Kaabah, Muzium Dua Tanah Suci, Ladang Ternakan Unta dan Masjid Terapung Al-Rahman. Tidak ketinggalan juga, anda akan diberi air zam-zam untuk di bawa pulang. Dengan 7 tahun pengalaman, kami professional dalam menguruskan para jema’ah mengikut gerak kerja sistematik.

Berikut adalah TARIKH JANGKAAN kami untuk Umrah 2013 dengan harga dari RM 4850. Kami menawarkan pelbagai pakej umrah dengan harga yang lebih murah. Hubungi kami segera untuk tempahan! Pakej Terhad!

PAKEJ
TARIKH
JANGKAAN
BIL
 HARI
PENERBANGAN
HARGA
 DARI
UMRAH EKONOMI FEB
02/02 – 13/02
12 HARI
OMAN AIR
RM 4850
UMRAH EKONOMI FEB
17/02 – 01/03
14 HARI
OMAN AIR
RM 4850
UMRAH EKONOMI FEB
19/02 – 01/03
11 HARI
MAS
RM 4850
UMRAH EKONOMI MAC
01/03 – 12/03
12 HARI
MAS
RM 5250
UMRAH CUTI SEKOLAH
12/03 – 22/03
11 HARI
MAS
RM 5950
UMRAH MELANCONGBAITULMAQDIS & JORDAN
21/03 – 04/04
15 HARI
ROYAL JORDAN
RM 8850
UMRAH MELANCONG TURKEY
23/03 – 06/04
15 HARI
TURKISH AIRLINE
RM 7850
UMRAH MELANCONG MESIR
25/03 – 08/04
15 HARI
EGYPT AIR
RM 6950
UMRAH EKONOMI APRIL
02/04 – 12/04
11 HARI
MAS
RM 5550
UMRAH EKONOMI APRIL
12/04 – 23/04
12 HARI
MAS
RM 5750
UMRAH MAY
14/05 – 24/05
11 HARI
MAS
RM 5750
UMRAH CUTI SEKOLAH MAY
24/05 – 04/06
12 HARI
MAS
RM 6350
UMRAH CUTI SEKOLAH
04/06 – 14/06
11 HARI
MAS
RM 6250
UMRAH JUN
14/06 – 25/06
12 HARI
MAS
RM 5550
UMRAH SAMBUT RAMADHAN
05/07 – 16/07
12 HARI
MAS
RM 6550
UMRAH AWAL RAMADHAN
08/07 – 19/07
12 HARI
MAS
RM 6750
UMRAH PERTENGAHAN RAMADHAN
16/07 – 26/07
11 HARI
MAS
RM 7350
UMRAH AKHIR RAMADHAN
25/07 – 05/08
12 HARI
MAS
RM 6550
UMRAH AIDILFITRI DI TANAH SUCI
06/08 – 17/08
12 HARI
MAS
RM 7850
SEBULAN RAMADHAN
08/07 – 10/08
34 HARI
MAS
RM 10900
































Ikuti langkah demi langkah yang kami sediakan di bawah :-

  • Tempahan boleh dibuat sekarang mengikut pakej pilihan anda. 
  • Anda perlu mengisi borang pendaftaran umrah mengikut pakej pilihan anda. Borang Pendaftaran umrah boleh di dowload sini (klik sini) @ email kami untuk berdaftar (darulmubarak@yahoo.com) @ datang terus ke pejabat kami yang terdekat di alamat berikut :-

37, Jalan Maju 1, Taman Maju,
32610 Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan,
Malaysia.  
TEL (605-3714001)
MOBILE (6016-5247001)


No 69A Laluan Jelapang Selatan,
Taman Kledang 30100,
Ipoh Perak Darul Ridzuan.
Malaysia.
Tel (605-5287001)
Mobile (6016-5267001)


Lot 3015 E, Jalan Rusila, Kampung Rusila,
21080 Marang, Terengganu
Malaysia.
TEL / FAX (609-6174001)
MOBILE (6013-9538258)


No 4-1 Tingkat 1, Jalan Citra,
Plaza Citra Kajang, 43000 Kajang,
Selangor darul Ehsan,Malaysia
TEL (603-87393018)
MOBILE (6016-5200102)



  • Sila pastikan nama penuh anda betul dan maklumat ditulis tanpa kesalahan ejaan. Nyatakan juga jika ada masalah kesihatan serta nyatakan ubatnya sekali.
  • Ketika menyerahkan borang ini, sila sertakan deposit RM 500 untuk tempahan. Pembayaran deposit RM 500 mestilah disertakan dengan resit yang discan atau bawa resit terus ke pejabat kami.
  • Anda boleh memilih untuk menghantar borang tersebut sama ada melalui email kami darulmubarak@yahoo.com atau hantar terus ke pejabat kami yang terdekat seperti alamat dia atas. 
  • Selepas itu, pihak kami akan membuat visa untuk anda. Pihak kami akan menghubungi peserta selewat-lewatnya 2 hari sebelum berangkat menyatakan VISA telah pun siap. 
  • Bagi jemaah pakej umrah, anda perlu memastikan kesemua dokumen penting disiapkan. Berikut adalah diantara senarai semak dokumen untuk keperluan umrah :- 
  1. Borang pendaftran yang lengkap diisi setiap seorang
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Passpord antarabangsa (tempoh sah laku melebihi 6 bulan ke atas dan tidak kurang  4 muka surat)
  4. Buku / surat pengesahan suntikan Anti Meninggococcal Vaccine ACYW 135
  5. Empat keping gambar terbaru ( visa umrah  )
3. Harga RM 100 untuk passport 3 tahun dan RM 300 untuk 5 tahun. Pihak kami akan menghubungi jema’ah selewat-lewatnya 2 hari sebelum berangkat menyatakan VISA telah pun siap. Selain itu, pihak kami juga akan menyediakan nametag, tempahan tiket penerbangan, tempahan hotel penginapan di sana dan urusan pengangkutan Mekah dan Madinah.

4. Jema’ah perlulah menjelaskan baki yuran dari pakej yang dipilih, selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh berangkat. 

5. Jema’ah perlu berada di KLIA 4 jam sebelum waktu check-in. Kami menyediakan bas untuk bertolak ke KLIA supaya bersedia di sana 4 jam sebelum waktu bertolak. Pihak kami bersedia 8 jam sebelum check-in, bagi memastikan kesemua jema’ah tidak menghadapi masalah dan selamat bertolak ke destinasi.

Sekian,

"Untuk Khidmat Yang Lebih menyakinkan Anda"


Thursday, September 27, 2012

Istimewanya Kembara Beijing, China (6H4M)


Tarikan pelancong di Beijing bukan sahaja banyak, tetapi juga kaya dengan sejarah. Diantaranya yang terkenal ialah bentangan Badaling di Tembok Besar China (Great Wall), Tiananmen (Tian'anmen Square), dan Kota Larangan (Forbidden City). Beijing juga dikenali untuk siheyuan (rumah berlaman dalam) dan hutong (lorong), meskipun kesemua itu semakin hilang, akibat pertumbuhan pembinaan bandar raya yang menggantikannya dengan bangunan tinggi


Tian'anmen Square
Forbidden City
Great Wall

Islam di China, Beijing khasnya dapat dilihat menerusi kewujudan banyak masjid. Di Beijing sebenarnya terdapat beberapa buah masjid yang terkenal. Antaranya Masjid Nan Douya, Masjid Ma Dian dan Masjid Nuijie. Disana, kita dapat melihat sendiri bagaimana umat Islam di China dan akan merasai suasana yang berbeza dengan negara kita.


beijing nandouya mosque
Nan Douya Mosque

Ma Dian Mosque

Nujie Mosque
Pasti tidak rugi melancong ke Beijing, anda akan dapat melihat suasana baru, sejarah peninggalan serta pengalaman baru berada di negara orang dan paling penting dapat melihat umat Islam disana. Pasti ia pengalaman yang tak boleh dilupakan. Pergi sekali pasti nak pergi lagi dan tentunya bersama perkhidmatan Darul Mubarak yang menyakinkan anda :)

TRIP DARUL MUBARAK TRAVEL & TOURS KE BEIJING :-

BEIJING (6H4M)
Tarikh & Masa Berlepas : 11/11/2012 [1835-0120 HRS] +1
Tarikh & Masa Tiba : 16/11/2012 [0150-0845 HRS]
Harga Dari : *RM2350

BEIJING (SKI TOUR) (6H4M)
Tarikh & Masa Berlepas : 19/12/2012 (D7 316) [1835-0120HRS]+1
Tarikh & Masa Tiba : 24/12/2012 (D7 317) [0150-0845 HRS]
Harga Dari : *RM2050

BEIJING (6H4M)
Tarikh & Masa Berlepas : 10/01/2013 [1835-0120 HRS] +1
Tarikh & Masa Tiba : 16/01/2013 [0150-0845 HRS]
Harga Dari : *RM1850

BEIJING (CUTI SEKOLAH) (6H4M)
Tarikh & Masa Berlepas : 09/03/2013 [1835-0120 HRS] +1
Tarikh & Masa Tiba : 14/03/2013 [0150-0845 HRS]
Harga Dari : *RM2050

-PAKEJ TERMASUK-
* Tiket Pergi & Balik-UDARA
* Makanan Seperti Aturcara
* Penginapan (3*)
* Visa
* Pemandu Pelancong
* Pengangkutan Di Destinasi Lawatan
* Cukai Lapangan Terbang Pergi Sahaja

-PAKEJ TERKECUALI-
* Cukai Lapangan Terbang Balik
* Tips (Driver & Guide) Di Destinasi Lawatan
* Lebihan Bagasi (15KG Keatas)
* Passport
* Makan Atas Penerbangan

-SYARAT PENYERTAAN-
* Deposit RM500
* Salinan Muka Depan Passport
* 2 Keping Gambar Passport & Passport Asal-1Bulan Sebelum Berlepas

LANGKAH TEMPAHAN :-
  • Tempahan hendaklah dibuat 1 bulan setengah sebelum tarikh pakej anda mahu. Sekiranya anda inginkan tarikh yang tidak terdapat dalam jadual / kalendar kami, sila pastikan anda mempunyai lebih 7 orang yang inginkan tarikh yang sama. Kami akan usahakan mendapatkan tarikh tersebut.
  • Anda perlu mengisi borang pendaftaran pelancongan mengikut pakej pilihan anda. Borang Pendaftaran pelancongan boleh di dowload sini (klik sini) @ email kami untuk berdaftar (darulmubarak@yahoo.com) @ datang terus ke pejabat kami yang terdekat di alamat berikut :-


37, Jalan Maju 1, Taman Maju,
32610 Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan,
Malaysia.  
TEL (605-3714001)
MOBILE (6016-5247001)


No 69A Laluan Jelapang Selatan,
Taman Kledang 30100,
Ipoh Perak Darul Ridzuan.
Malaysia.
Tel (605-5287001)
Mobile (6016-5267001)

Lot 3015 E, Jalan Rusila, Kampung Rusila,
21080 Marang, Terengganu
Malaysia.
TEL / FAX (609-6174001)
MOBILE (6013-9538258)

No 4-1 Tingkat 1, Jalan Citra,
Plaza Citra Kajang, 43000 Kajang,
Selangor darul Ehsan,Malaysia

TEL (603-87393018)
MOBILE (6016-5200102)
  • Sila pastikan nama penuh anda betul dan maklumat ditulis tanpa kesalahan ejaan. Nyatakan juga jika ada masalah kesihatan serta nyatakan ubatnya sekali.
  • Ketika menyerahkan borang ini, sila sertakan deposit RM 1000 untuk tempahan. Pembayaran deposit RM 1000 mestilah disertakan dengan resit yang discan atau bawa resit terus ke pejabat kami.
  • Anda boleh memilih untuk menghantar borang tersebut sama ada melalui email kami darulmubarak@yahoo.com atau hantar terus ke pejabat kami yang terdekat seperti alamat dia atas. 
  • Selepas itu, pihak kami akan membuat visa untuk anda. Pihak kami akan menghubungi peserta selewat-lewatnya 2 hari sebelum berangkat menyatakan VISA telah pun siap.
  • Peserta pelancongan perlu berada di KLIA 4 jam sebelum waktu check-in. Kami menyediakan bas untuk bertolak ke KLIA supaya bersedia di sana 4 jam sebelum waktu bertolak.
  • Pihak kami bersedia 8 jam sebelum check-in, bagi memastikan kesemua peserta pelancongan tidak menghadapi masalah dan selamat bertolak ke destinasi.
  • Berkenaan dengan aturcara di sana, kami ada tetapkan dan anda boleh menghubungi kami. Namun begitu, di bawah adalah CONTOH aturcara melancong ke Beijing.

- MELANCONG KE BEIJING -
HARI
ATURCARA
MAKAN
HOTEL
HARI 01
D72612
 (KL-TIANJIN-BEIJING)
  • Berkumpul di LCCT jam 5.30 pagi. Penerbangan AIRASIA jam 8.30 am akan berlepas & dijangka tiba di Tianjin jam 2.35 pm.
  • Bergerak ke Beijing menaiki bas@keretapi.
  • Daftar masuk Hotel Shanshui Business or similar.
  • Makan malam sambil ditemani Acrobatic Show.
D
Hotel Shanshui Business or similar.
HARI 02
 (BEIJING)
  • Sarapan pagi. City tour : Tian’anmen Square, Forbidden City and the Department of Health Care with traditional Chinese Medicine & Foot massage.
  • Makan tengahari.  Solat di Nan Dou Ya Mosque.
  • City Tour : Silk Store.
  • Makan malam.  Rehat.
B/L/D
Hotel Shanshui Business or similar.
HARI 03
 (BEIJING)
  • Sarapan pagi.
  • City Tour : Great Wall, membeli-belah di Jade & Silk Center, & Crystal Factory.
  • Makan tengahari & Makan malam disediakan.
B/L/D
Hotel Shanshui Business or similar.
HARI 04
 (BEIJING)
  • Sarapan pagi. City Tour : Summer Palace. Solat di Madian Mosque selepas makan tengahari.
  • City tour : Fresh water Pearl Center.
  • Aktiviti bergambar di Beijing 2008 National Bird’s Nest Stadium.
  • Membeli-belah di Jewelry City & Yashow Market, Tian Ya Hongqiao Market.    .
  • Makan Malam disediakan.
B/L/D
Hotel Shanshui Business or similar.
HARI 05
D72613
 (BEIJING-TIANJIN-KL)
  • Sarapan pagi. Dihantar ke Tianjin.
  • City Tour : Cultural Street.
  • Makan tengahari.
  • Pulang ke KL dengan penerbangan AIRASIA jam 3.50 petang & tiba di LCCT jam 10.15 malam.
B/L
Sekian.

"Untuk Khidmat Yang Lebih Menyakinkan Anda"

Monday, September 24, 2012

Keistimewaan Masjid Paling Utama Dalam Islam


Masjid  yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam  sabdanya:

 "Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali (pergi) ketiga-tiga buah masjid (yang berikut) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul (Masjidi an-Nabawi di Madinah) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." Hadis Al-Bukhari
 
Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti ,

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku (Masjidil nabawi di Madinah) ini adalah lebih baik daripada 1000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;

Dari  Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

Daripada hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda.

Dalam sebuah hadis lagi ada menerangkan pula secara khusus kelebihan orang yang mengerjakan sembahyang di masjid Nabi sebanyak 40 waktu berturut-turut iaitu :-

Ertinya :

Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang (dengan syarat) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang (waktu) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."

Biasanya orang-orang yang pergi menunaikan haji dan menziarahi masjid dan makam Nabi di Madinah, untuk mendapatkan kelebihan ini mereka akan tinggal di Madinah selama 8 hari sekurang-kurangnya iaitu untuk mengerjakan sembahyang dalam 40 waktu selain daripada mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang dituntut.

Mengenai kelebihan Masjidil Aqsa pula ada diterangkan dalam hadis-hadis yang lain yang bermaksud,

"Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah."

Demikianlah kelebihan ketiga-tiga masjid itu iaitu satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain (kecuali Masjid Nabi di Madinah dan Masjid Aqsa di Palestin, dan satu sembahyang yang dikerjakan di Masjid Nabi (di Madinah) pula lebih afdal daripada 1 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain (kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabi) sementara satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Aqsa (di Palestin) lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain (kecuali Masjidil Haram dam Masjidil Nabawi).

Di samping itu, Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam  telah mengakui bahawa Masjid Quba' adalah sebuah masjid yang dikasihinya dan kerap kali baginda menziarahinya serta sembahyang di dalamnya.

Abdullah bin Omar Radiallahu Anhu ada meriwayatkan "adalah Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam selalu berziarah ke Masjid Quba'" dan satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap hari Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan terkadang-kadang berjalan  kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.

Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya  
"satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."

Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah    
  
Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah


Masjidil Aqsa di Palestin


Masjid Quba' adalah masjid pertama yang dibina oleh  orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada  Masjid an-Nabawi.




Saturday, September 22, 2012

Persoalan tentang Badal Haji

Soalan
Apakah hukum menghajikan orang yang telah meninggal dunia?


Jawapan

Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama. Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.

Soalan
Adakah wajib dihajikan orang yang telah meninggal dunia dari harta peninggalannya sedangkan semasa hayatnya beliau belum lagi menyempurnakannya walaupun kemampuannya telah mencukupi?

Jawapan

Ya, wajib di hajikan daripada harta peninggalannya kerana kewajipan itu tertakluk kepada harta dan menjadi tanggungjawab waris mengeluarkan bahagian hajinya.

Soalan
Apakah wajib ke atas si waris untuk menghajikan orang yang meninggal dunia yang tidak meninggalkan sebarang harta pusaka?

Jawapan

Tidak wajib.

Soalan
Apakah pahala yang dapat diperolehi jika mengerjakan haji bagi orang yang meninggal dunia?

Jawapan
Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan. Orang yang mati itu pula gugur kewajipan

Soalan
Bolehkah seorang yang tua atau uzur kerana sakit dan tidak ada harapan sembuh mewakilkan kepada orang lain untuk mengerjakan haji bagi dirinya?

Jawapan

Ya. Boleh mewakilkan orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri. Orang ini termasuk dalam erti kata "makdhub".

Soalan
Bolehkah seorang wanita mengerjakan haji untuk seorang lelaki yang meninggal dunia?

Jawapan

Boleh.

Soalan
Bolehkah seseorang mengerjakan haji untuk orang yang meninggalkan dunia lebih dari seorang?

Jawapan

Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam satu-satu tahun itu.

Soalan
Bolehkah seorang mengerjakan umrah untuk orang lain sesudah dia mengerjakan haji dan umrah wajibnya?

Jawapan

Ya. Boleh.



Sumber : http://www.al-azim.com/haji/faq/badal.htm



Foto Kembara

Di Beijing :)

Friday, September 21, 2012

Rukhsah untuk musafir

Assalamualaikum w.b.t

Sebagai seorang muslim yang ingin bermusafir samada melancong dalam atau luar negara. Solat Jamak dan Qasar merupakan salah satu rukhsah daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Ia adalah keringanan daripada Allah dan ia hanya boleh dilakukan dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja. 4 perkara yang perlu anda tanya tentang Jamak/Qasar sebelum bermusafir. 

1. Tujuan musafir :
  • Musafir wajib - seperti pergi menunaikan haji, umrah pertama dan berjihad
  • Musafir sunat - seperti menziarahi saudara dan ketiga-tiga masjid suci.
  • Musafir harus - seperti melancong dan berdagang
  • Musafir makruh - seperti bermusafir berseorang
2. Tempat yang dituju lebih dari 81 kilometer.
3. Pastikan berapa lama tinggal/singgah di tempat yang dituju.
  • Sekiranya tidak pasti tempohnya tinggal disitu kerana melakukan tugas yang belum tentu bila selesainya (boleh jadi satu hari atau berlanjutan), maka boleh menjamakkan/menqassarkan solat sepanjang berada disitu sehingga 18 hari sahaja (kiraan tidak termasuk hari perjalanan pergi dan pulang). Jika urusannya masih belum selesai, maka pada hari ke-19, kena mula bersolat tamam (sempurna 4 rakaat)
4. Anda merancang untuk singgah / tinggal di tempat tersebut tidal lebih 3 hari. (kiraan tidak teda rmasuk hari perjalanan pergi dan pulang)
  •   Sekiranya hanya merancang untuk tinggal di tempat tersebut selama sehari, dua atau tiga hari sahaja (kiraan tidak termasuk hari perjalanan pergi dan pulang), maka boleh menjamakkan/menqassarkan solat sepanjang tempoh berada disitu.
 Semoga bawa manfaat.Sekian.