Friday, September 21, 2012

Rukhsah untuk musafir

Assalamualaikum w.b.t

Sebagai seorang muslim yang ingin bermusafir samada melancong dalam atau luar negara. Solat Jamak dan Qasar merupakan salah satu rukhsah daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Ia adalah keringanan daripada Allah dan ia hanya boleh dilakukan dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja. 4 perkara yang perlu anda tanya tentang Jamak/Qasar sebelum bermusafir. 

1. Tujuan musafir :
  • Musafir wajib - seperti pergi menunaikan haji, umrah pertama dan berjihad
  • Musafir sunat - seperti menziarahi saudara dan ketiga-tiga masjid suci.
  • Musafir harus - seperti melancong dan berdagang
  • Musafir makruh - seperti bermusafir berseorang
2. Tempat yang dituju lebih dari 81 kilometer.
3. Pastikan berapa lama tinggal/singgah di tempat yang dituju.
  • Sekiranya tidak pasti tempohnya tinggal disitu kerana melakukan tugas yang belum tentu bila selesainya (boleh jadi satu hari atau berlanjutan), maka boleh menjamakkan/menqassarkan solat sepanjang berada disitu sehingga 18 hari sahaja (kiraan tidak termasuk hari perjalanan pergi dan pulang). Jika urusannya masih belum selesai, maka pada hari ke-19, kena mula bersolat tamam (sempurna 4 rakaat)
4. Anda merancang untuk singgah / tinggal di tempat tersebut tidal lebih 3 hari. (kiraan tidak teda rmasuk hari perjalanan pergi dan pulang)
  •   Sekiranya hanya merancang untuk tinggal di tempat tersebut selama sehari, dua atau tiga hari sahaja (kiraan tidak termasuk hari perjalanan pergi dan pulang), maka boleh menjamakkan/menqassarkan solat sepanjang tempoh berada disitu.
 Semoga bawa manfaat.Sekian.

No comments:

Post a Comment