Friday, October 5, 2012

Promosi Qurban/Aqiqah di Kemboja

Kelebihan Qurban/Aqiqah di Kemboja :

Anda dapat menambah lebih makna kepada ibadah qurban/aqiqah yang dilakukan kerana ia diagihkan kepada golongan yang lebih memerlukan di samping harganya yang murah.


RM 250 untuk satu bahagian seekor lembu.


Hubungi kami  : 05-3714001/016-5247001
No 37, Jalan Maju 1, Taman Maju, 32610 Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.


QURBAN ialah binatang ternakan seperti lembu dan kambing, yang disembelih pada hari raya Aidiladha dan tiga hari selepasnya dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Kelebihan Ibadah Qurban
Banyak kelebihan ibadah Qurban yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w., di antaranya:
  • Amalan yang paling disukai oleh Allah pada hari raya Aidiladha (Direkodkan oleh al-Hakim dalam Kitab al-Adhahi)
  • Darah binatang korban jatuh di satu tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t. sebelum ia jatuh ke tanah dan menyebabkan jiwa orang  yang melakukan qurban menjadi bersih (suci) (Direkodkan oleh al-Hakim dalam Kitab al-Adhahi)
  • Diampunkan semua dosa orang yang melakukan qurban pada titisan darah yang pertama keluar  dari binatang sembelihan (Direkodkan oleh al-Hakim dalam Kitab al-Adhahi)

Hikmat Qurban
  • Memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup mematuhi perintah Allah s.w.t supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. dan Allah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan seekor kambing.
  • Menanamkan rasa syukur terhadap nikmat Allah s.w.t. yang melimpah ruah melalui perkongsian dengan golongan yang memerlukan.
  • Menguatkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan di antara umat Islam melalui aktiviti yang mencerminkan keperihatinan.

AQIQAH ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara / tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)




No comments:

Post a Comment