Monday, October 22, 2012

Keberangkatan Jemaah Haji 2012


Alhamdulillah, Darul Mubarak Travel & Tours telah selamat menghantar 28 orang jemaah haji pada 20 Oktober 2012 bersamaan 4 Zulhijrah 1433H. Walaupun pelbagai halangan dan cabaran yang dihadapi, akhirnya para jemaah haji selamat berlepas ke tanah suci dengan menaiki penerbangan MAS jam 7.30 petang terus ke Jeddah. Terpancar kegembiraan di wajah-wajah yang ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci semasa menghantar mereka ke KLIA. Wajah-wajah yang rindu pada Allah, dan pergi untuk menyahut panggilanMu. Labbaik Allahumma Labbaik....


Beg para jemaah 

KRS Travel

Beg Darul Mubarak

Penerbangan terus ke Jeddah
Check In

Perbincangan

Staf berkomunikasi dengan waris

Menanti penerbangan

Penyerahan Passport

Gembira untuk ke Tanah Suci

Terpancar senyuman para jemaah

Waris yang menghantar jemaah

Sedang menunggu untuk berlepas ke Tanah Suci

Para jemaah
Tag Beg

Check In
Staf KRS Travel & Darul Mubarak Travel

Semoga para jemaah selamat menunaikan Ibadah Haji yang mabrur. 

Dan dikesempatan ini, Darul Mubarak juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eiduladha kepada semua yang sentiasa menyokong kami samada secara tidak langsung ataupun langsung. Semoga setiap langkah perjalanan kita sentiasa mendapat redha Allah dan semoga umat Islam terus berusaha untuk menguasai semua bidang. Kehidupan ini perlukan pengorbanan dan semoga kita diantara orang-orang yang sanggup berkorban harta, masa, jiwa dan raga untuk kepentingan agama Islam. Maaf Zahir & Batin daripada kami pekerja-pekerja Darul Mubarak. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua :)

Sekian, wassalam.

Galeri haji Darul Mubarak. Klik sini


No comments:

Post a Comment