Monday, May 5, 2014

KELEBIHAN BERPUASA DAN UMRAH DI
BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan penuh barakah dan suci bagi umat islam. Amal ibadah di bulan ramadhan akan di lipat gandakan oleh allah SWT. Memilih pakej umrah pada bulan  Ramadhan merupakan masa yang istimewa untuk dilaksanakan. Satu hadith Rasulullulah SAW tentang umrah di bulan Ramadhan yang ertinya, "Barangsiapa yang umrah bersamaku di bulan Ramadhan nilainya sama dengan pergi haji bersamaku." Bersyukur sekiranya kita diberi peluang untuk menunaikan umrah  pada bulan yang sangat istimewa itu. kesempatan yang hanya datang 1 tahun sekali ini banyak kelebihannya .

Bila Anda mampu, maka sebaik-baiknya  memilih pakej umrah Ramadhan untuk ditunaikan.  Kerana fadhilatnya sangat  besar , seperti dalam hadith ibnu majjah,: Barangsiapa menemui Ramadhan di Makkah maka berpuasa dia dan berdiri dia (yakni Solat Terawih dia) apa-apa yang memudahkan dia, ditulis Allah baginya pada setiap malamnya dengan (pahala) 100,000 kebaikan bulan Ramadhan dan di dalam tiap-tiap hari kebaikan (baginya). Hadith ini menyebutkan bahawa sesiapa yang berpuasa bulan Ramadhan di Mekah, berpuasa dia dan pada malamnya mengerjakan Solat Terawih dia, maka ditulis oleh Allah  baginya 100,000 gandaan pahala bagi setiap ibadah dan amalan yang dikerjakan dalam Masjidil Haram, seumpama berada pada jalan Allah  dan mendapat kebaikan baginya pada malam hari dan pada siang harinya

Kemudian di dalam hadith yang lain pula disebutkan bahawa seseorang yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan serta mengharapkan kurniaan pahala oleh Allah untuknya, maka di akhir Ramadhan itu dia dibebaskan dari neraka kerana luputlah segala dosanya yang lalu. Dalam urusan Haji dan Umrah kita diberitahu bahawa Allah menurunkan kerahmatannya sebanyak 120 rahmat setiap malam dan 120 rahmat setiap siang hari bagi mereka yg berada di dalam Masjidil haram; iaitu pertama dikurniakan 60 rahmat ketika mengerjakan tawaf Sunat; kedua, dikurniakan 40 rahmat ketika bersolat sunat di dalam masjidil haram; dan ketiga 20 rahmat ketika melihat Ka'abah sambil berdoa. Kerahmatan ini digandakan pula sebanyak 100,000 kali gandaan kerana setiap amalan di dalam masjidil Haram diberi gandaan sedemikian. Dalam pada itu, hadith di atas menyebutkan pula betapa banyaknya pahala berpuasa di Mekah. Maka dgn itulah kita ketemui sebilangan orang iman yg berusaha ke Mekah untuk berpuasa di sana. Ada yg sepanjang bulan Ramadhan berpuasa di sana. kalaulah kita dikurniakan Allah  kelebihan rezeki, usahakanlah berpuasa sekurang-kurangnya 10 hari terakhir Ramadhan di sana dan mengerjakan umrah, termasuk mengerjakan Tawaf sunat di Masjidil Haram. Ganjaran pahalanya begitu banyak jika dilakukan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Semoga kita diberi rezki tambahan serta kemampuan  rohani dan jasmani untuk melakukan ibadah-ibadah sedemikian itu, insya Allah.




Monday, April 28, 2014

PERKONGSIAN RINGKAS RUKUN MENGERJAKAN UMRAH

Assalamualaikum...

Darul Mubarak Travel & tours sangat memandang tinggi  pada semua pelanggan yang datang atau menghubungi di  ibu pejabat atau cawangan untuk mendapatkan  maklumat  berkenaan pakej umrah mahupun  pakej perlancongan.  Bagi  pakej umrah sepanjang tahun 2014  sambutan sangat menggalakkan . Peserta terdiri daripada jemaah yang telah pernah pergi menunaikan umrah dan juga  yang baru pertama kali mengerjakan umrah . Bagi yang pertama kali menunaikan umrah pesti berasa sedikit  gementar kerana tiada pengalaman, Jangan risau kerana   Darul Mubarak mempunyai  pembimbing  dan pengiring  yang akan mengiringi  perjalanan  anda ke tanah suci. Darul Mubarak akan memastikan  pembimbing  yang berpengalaman  dan berkomitmen akan terus bersama kumpulan jemaah  bermula   daripada lapangan terbang sehinggalah  urusan kepulangan  anda ke tanah air semula. Selain daripada itu Darul Mubarak juga sangat prihatin terhadap jemaah , Oleh itu di sini kami sedikan sedikit perkongsian ringkas  untuk para jemaah. 
















Rukun Umrah


Rukun umrah ada 5 perkara. iaitu:
1.                  Niat
2.                  Tawaf
3.                  Saie
4.                  Bercukur atau bergunting
5.                  Tertib


Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah seperti dibawah.


1. Niat

Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:

                     نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى

Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”




2. Tawaf
Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.


Syarat- syarat sah tawaf

Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T.

Lafaz niat Tawaf Umrah:

Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.” 

  • Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram.Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
  • Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
  • Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  • Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
  • Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
  • Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
  • Mesti suci daripada hadas besar.
  • Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
  • Mesti menutup aurat.

3. Sai’e

Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.


Syarat-syarat sah Sai’e:

·                     Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
·                     Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
·                     Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
·                     Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke             Safa dikira sekali pula.
·                     Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya                 ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
·                     Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong               keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.

4. Tahallul

Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.


Syarat Tahallul

Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.


Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:

·                     Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul               asalkan tidak kurang dari tiga helai.
·                     Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-                 duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
·                     Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang               disediakan.

5. Tertib

Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).

Wajib Umrah

·                     Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.
·                     Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:
1.                  Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
2.                  Menjaga larangan ihram.
3.                  Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.

Miqat bagi jemaah umrah :

Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.


Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.

Thursday, April 24, 2014

TEAMBUILDING DARUL MUBARAK


Darul Mubarak sebuah syarikat travel yang semakin di kenali sebagai sebuah syarikat umrah dan pelancongan yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Selain mempunyai pakej-pakej yang menarik dan istimewa, Darul Mubarak juga mempunyai sebuah team work yang ramai dan berkomitmen. Seramai 31 orang yang berkerja di bawah pimpinan Pengarah Urusan iaitu Ustaz Hj Muhammad Ismi Bin Mat Taib ini telah di bersama-sama mengikuti teambuilding yang diadakan di Putrajaya pada 12 April - 13 April 2014 yang lalu.

Teambuilding selama 2 hari 1 malam ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi gerak kerja dan pengurusan Darul Mubarak Travel & Tours dalam menjalankan perkhidmatan kepada pelanggan. Ustaz Hj Muhammad Ismi begitu memandang tinggi komitmen wargakerjanya dan gerak kerja yang profesional untuk memastikan kepuasan hati pelanggan sepanjang berurusan dengan syarikat.





Darul mubarak mempunyai perkhidmatan yang lebih menyakinkan anda!


Wednesday, October 9, 2013

Umrah Step By Step

Ramai orang yang mencari bagaimana nak menunuaikan umrah.

Berikut adalah step-step umrah yang boleh dikongsi.





Jika berminat untuk mengikut kursus umrah kami secara direct boleh menghubungi kami ditalian 05-3714001 / 016-5247001

Monday, March 4, 2013

Assalamualaikum…


Berikut adalah tarikh-tarikh kursus Umrah yang akan dijalankan :-
Update tarikh terkini Kursus Umrah Perdana :

9/3/13 | Sabtu (9 pagi) | Surau 2B Taman Meru| Ipoh, Perak
10/3/13 | Ahad (1030 pagi) |Hutan Melintang, Perak
16/3/13 | Sabtu (9 pagi) | Surau Ubudiah Fasa 9, Taman Seri Gombak| Batu Caves


**Jamuan disediakan**
**Terbuka kepada semua, anda dijemput hadir**
**Untuk jemaah Darul Mubarak, pic tarikh akan menelefon anda ^^  untuk makluman kursus**
**Jika ada jemaah dari agensi lain , juga boleh hadir di Kursus ini dengan bayaran RM20 ( Dibekalkan buku panduan + jamuan)**