Monday, May 5, 2014

KELEBIHAN BERPUASA DAN UMRAH DI
BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan penuh barakah dan suci bagi umat islam. Amal ibadah di bulan ramadhan akan di lipat gandakan oleh allah SWT. Memilih pakej umrah pada bulan  Ramadhan merupakan masa yang istimewa untuk dilaksanakan. Satu hadith Rasulullulah SAW tentang umrah di bulan Ramadhan yang ertinya, "Barangsiapa yang umrah bersamaku di bulan Ramadhan nilainya sama dengan pergi haji bersamaku." Bersyukur sekiranya kita diberi peluang untuk menunaikan umrah  pada bulan yang sangat istimewa itu. kesempatan yang hanya datang 1 tahun sekali ini banyak kelebihannya .

Bila Anda mampu, maka sebaik-baiknya  memilih pakej umrah Ramadhan untuk ditunaikan.  Kerana fadhilatnya sangat  besar , seperti dalam hadith ibnu majjah,: Barangsiapa menemui Ramadhan di Makkah maka berpuasa dia dan berdiri dia (yakni Solat Terawih dia) apa-apa yang memudahkan dia, ditulis Allah baginya pada setiap malamnya dengan (pahala) 100,000 kebaikan bulan Ramadhan dan di dalam tiap-tiap hari kebaikan (baginya). Hadith ini menyebutkan bahawa sesiapa yang berpuasa bulan Ramadhan di Mekah, berpuasa dia dan pada malamnya mengerjakan Solat Terawih dia, maka ditulis oleh Allah  baginya 100,000 gandaan pahala bagi setiap ibadah dan amalan yang dikerjakan dalam Masjidil Haram, seumpama berada pada jalan Allah  dan mendapat kebaikan baginya pada malam hari dan pada siang harinya

Kemudian di dalam hadith yang lain pula disebutkan bahawa seseorang yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan serta mengharapkan kurniaan pahala oleh Allah untuknya, maka di akhir Ramadhan itu dia dibebaskan dari neraka kerana luputlah segala dosanya yang lalu. Dalam urusan Haji dan Umrah kita diberitahu bahawa Allah menurunkan kerahmatannya sebanyak 120 rahmat setiap malam dan 120 rahmat setiap siang hari bagi mereka yg berada di dalam Masjidil haram; iaitu pertama dikurniakan 60 rahmat ketika mengerjakan tawaf Sunat; kedua, dikurniakan 40 rahmat ketika bersolat sunat di dalam masjidil haram; dan ketiga 20 rahmat ketika melihat Ka'abah sambil berdoa. Kerahmatan ini digandakan pula sebanyak 100,000 kali gandaan kerana setiap amalan di dalam masjidil Haram diberi gandaan sedemikian. Dalam pada itu, hadith di atas menyebutkan pula betapa banyaknya pahala berpuasa di Mekah. Maka dgn itulah kita ketemui sebilangan orang iman yg berusaha ke Mekah untuk berpuasa di sana. Ada yg sepanjang bulan Ramadhan berpuasa di sana. kalaulah kita dikurniakan Allah  kelebihan rezeki, usahakanlah berpuasa sekurang-kurangnya 10 hari terakhir Ramadhan di sana dan mengerjakan umrah, termasuk mengerjakan Tawaf sunat di Masjidil Haram. Ganjaran pahalanya begitu banyak jika dilakukan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Semoga kita diberi rezki tambahan serta kemampuan  rohani dan jasmani untuk melakukan ibadah-ibadah sedemikian itu, insya Allah.




No comments:

Post a Comment