Wednesday, January 13, 2016

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirahmanirrahim..
Hari ini saya ingin kongsikan kisah Nabi Yaakub A.S In Shaa Allah.
Nabi Yaakub A.S adalah salah seorang daripada 25  para nabi. Beliau adalah putera kepada Ishak bin Ibrahim A.S. Kelahiran Yaakub telah disampaikan oleh beberapa tetamu Nabi Ibrahim yang terdiri daripada beberapa malaikat dan isterinya Sarah. Nabi Ibrahim a.s mendapat khabar gembira bahawa baginda akan mendapat anak dan cucu.
Allah Subhaanahu wa Ta’ala berfirman,
“Maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira tentang (kelahiran) Ishak dan dari Ishak (akan lahir puteranya) Ya’kub. “ (Hud: 71)
Nabi Yaakub  mendapat perhatian dari Allah dan rahmat-Nya sejak kecil hingga lah dewasa. Adalah satu keindahan jika dapat memiliki kehidupan yang sentiasa dirahmati Allah S.W.T. Nabi Ya’kub telah berkahwin dengan Layya dan Rahil serta dua hamba sahaya Layya dan Rahil, iaitu Zulfah dan Balhah. Beliau dikurniakan 12 orang anak lelaki hasil dari perkahwinannya dengan Layya, Rahil, Zulfah dan Balhah. 
Melalui Layya, lahirnya Rabin, Syam’un, Lawi, Yahuza, Yakasir dan Zebulon, manakala dengan Rahil melahirkan Nabi Yusuf dan Bunyamin. Sementara perkahwinannya dengan Zulfah melahirkan Jaad dan Asyir. Manakala melalui isterinya Balhah, melahirkan Daan dan Nafrali. Semua ahli keluarga Yaakub kemudian disebut al-Asbath, bermakna kabilah Bani Israil, kerana mereka mempunyai banyak keturunan. Anak Yaakub masing-masing menjadi ketua suku daripada kaum Bani Israil.
Di antara 12 orang anaknya, yang paling tinggi kedudukannya, paling bertakwa dan paling bersih hatinya, di samping paling muda usianya adalah Nabi Yusuf A.S. Oleh karena itulah Nabi Yaakub memberikan perhatian dan kasih sayang lebih kepadanya. Hal ini sudah menjadi tabiat, yakni ayah sangat sayang kepada anak yang paling kecil sampai ia dewasa dan kepada yang sakit sampai ia sembuh.
Nabi Yaakub adalah seorang ayah yang patut dijadikan teladan, dimana Beliau mendidik anak-anaknya dengan pendidikan yang baik, memberikan nasihat kepada mereka dan menyelesaikan masalah mereka. Walaubagaimanapun, saudara-saudara Yusuf dihasut oleh syaitan untuk melakukan perbuatan khianat kepada Yusuf ketika mereka mengetahui perhatian ayahnya kepada Yusuf. Sehingga mereka hendak membunuh Yusuf.
Ketika Yusuf tidak kembali, Nabi Yaakub berasa sangat sedih kerana berpisah dengan puteranya, hingga menyebabkan beliau menjadi buta kerana rasa sedih yang begitu dalam. Kemudian Allah S.W.T menyembuhkan Nabi Yaakub dari penyakitnya.
Setelah sekian lama, Nabi Yaakub A.S pun jatuh sakit, beliau mengumpulkan anak-anaknya dan berpesan kepada mereka agar tetap beribadah kepada Allah S.W.T dan tetap beriman dan beramal soleh.

No comments:

Post a Comment