Monday, August 27, 2012

Raudhah di Madinah



Antara tempat mustajab doa di Madinah ialah di Raudhah. Sabda Rasulllah, maksudnya : ‘Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga’ (riwayat al-bukhary dan muslim).  Para jamaah pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk hadir dan bersolat di Taman Syurga yang Allah sediakan di dunia ini. 



Inilah Raudhah. Kawasan Raudhah ini di bezakan dengan warna karpet hijau. Kawasan Raudhah amat kecil hanya dengan keluasan 22 meter panjang diukur daripada timur ke bawah dan 15 meter lebar diukur daripada selatan (mihrab), Raudhah menjadi tempat beribadat utama dalam masjid nabawi. Disinilah tempat  Rasullah dan para sahabat berkumpul dalam majlis ilmu. Disinilah jua tempat turunnya wahyu.



Bagi jamaah wanita ada jadual waktu untuk masuk bersolat di sana. Kekangan waktu dan keluasan yang terbatas ini menjadikan kawasan Raudhah sebagai tempat ujian kesabaran para jamaah. Masih segar haruman di Raudhah. Allahurrabi.





No comments:

Post a Comment