Monday, April 28, 2014

PERKONGSIAN RINGKAS RUKUN MENGERJAKAN UMRAH

Assalamualaikum...

Darul Mubarak Travel & tours sangat memandang tinggi  pada semua pelanggan yang datang atau menghubungi di  ibu pejabat atau cawangan untuk mendapatkan  maklumat  berkenaan pakej umrah mahupun  pakej perlancongan.  Bagi  pakej umrah sepanjang tahun 2014  sambutan sangat menggalakkan . Peserta terdiri daripada jemaah yang telah pernah pergi menunaikan umrah dan juga  yang baru pertama kali mengerjakan umrah . Bagi yang pertama kali menunaikan umrah pesti berasa sedikit  gementar kerana tiada pengalaman, Jangan risau kerana   Darul Mubarak mempunyai  pembimbing  dan pengiring  yang akan mengiringi  perjalanan  anda ke tanah suci. Darul Mubarak akan memastikan  pembimbing  yang berpengalaman  dan berkomitmen akan terus bersama kumpulan jemaah  bermula   daripada lapangan terbang sehinggalah  urusan kepulangan  anda ke tanah air semula. Selain daripada itu Darul Mubarak juga sangat prihatin terhadap jemaah , Oleh itu di sini kami sedikan sedikit perkongsian ringkas  untuk para jemaah. 
















Rukun Umrah


Rukun umrah ada 5 perkara. iaitu:
1.                  Niat
2.                  Tawaf
3.                  Saie
4.                  Bercukur atau bergunting
5.                  Tertib


Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah seperti dibawah.


1. Niat

Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:

                     نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى

Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”




2. Tawaf
Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.


Syarat- syarat sah tawaf

Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T.

Lafaz niat Tawaf Umrah:

Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.” 

  • Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram.Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
  • Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
  • Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  • Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
  • Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
  • Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
  • Mesti suci daripada hadas besar.
  • Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
  • Mesti menutup aurat.

3. Sai’e

Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.


Syarat-syarat sah Sai’e:

·                     Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
·                     Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
·                     Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
·                     Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke             Safa dikira sekali pula.
·                     Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya                 ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
·                     Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong               keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.

4. Tahallul

Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.


Syarat Tahallul

Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.


Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:

·                     Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul               asalkan tidak kurang dari tiga helai.
·                     Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-                 duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
·                     Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang               disediakan.

5. Tertib

Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).

Wajib Umrah

·                     Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.
·                     Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:
1.                  Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
2.                  Menjaga larangan ihram.
3.                  Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.

Miqat bagi jemaah umrah :

Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.


Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.

Thursday, April 24, 2014

TEAMBUILDING DARUL MUBARAK


Darul Mubarak sebuah syarikat travel yang semakin di kenali sebagai sebuah syarikat umrah dan pelancongan yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Selain mempunyai pakej-pakej yang menarik dan istimewa, Darul Mubarak juga mempunyai sebuah team work yang ramai dan berkomitmen. Seramai 31 orang yang berkerja di bawah pimpinan Pengarah Urusan iaitu Ustaz Hj Muhammad Ismi Bin Mat Taib ini telah di bersama-sama mengikuti teambuilding yang diadakan di Putrajaya pada 12 April - 13 April 2014 yang lalu.

Teambuilding selama 2 hari 1 malam ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi gerak kerja dan pengurusan Darul Mubarak Travel & Tours dalam menjalankan perkhidmatan kepada pelanggan. Ustaz Hj Muhammad Ismi begitu memandang tinggi komitmen wargakerjanya dan gerak kerja yang profesional untuk memastikan kepuasan hati pelanggan sepanjang berurusan dengan syarikat.





Darul mubarak mempunyai perkhidmatan yang lebih menyakinkan anda!


Wednesday, October 9, 2013

Umrah Step By Step

Ramai orang yang mencari bagaimana nak menunuaikan umrah.

Berikut adalah step-step umrah yang boleh dikongsi.





Jika berminat untuk mengikut kursus umrah kami secara direct boleh menghubungi kami ditalian 05-3714001 / 016-5247001

Monday, March 4, 2013

Assalamualaikum…


Berikut adalah tarikh-tarikh kursus Umrah yang akan dijalankan :-
Update tarikh terkini Kursus Umrah Perdana :

9/3/13 | Sabtu (9 pagi) | Surau 2B Taman Meru| Ipoh, Perak
10/3/13 | Ahad (1030 pagi) |Hutan Melintang, Perak
16/3/13 | Sabtu (9 pagi) | Surau Ubudiah Fasa 9, Taman Seri Gombak| Batu Caves


**Jamuan disediakan**
**Terbuka kepada semua, anda dijemput hadir**
**Untuk jemaah Darul Mubarak, pic tarikh akan menelefon anda ^^  untuk makluman kursus**
**Jika ada jemaah dari agensi lain , juga boleh hadir di Kursus ini dengan bayaran RM20 ( Dibekalkan buku panduan + jamuan)**

Wednesday, January 23, 2013

Tip Umrah Membawa Anak-anak Kecil


Assalammualaikum w.b.t. 

Ramai diantara kita yang mengerjakan umrah bersama isteri dan anak-anak kecil. Bila bawa anak-anak kecil ini bersama, buat Checklist keperluan, tapi kena buat sebab ia perjalanan yang jauh dan tidak dapat dijangka. Berikut adalah beberapa contoh persiapan yang diperlukan bagi mereka yang akan membawa anak-anak kecik bersama :-

1. Pakaian siang, malam dan sweater. Juga socks dan tudung.
2. Ubat-ubatan seperti PCM, ubat batuk, selsema - Lebih kurang seminggu sebelum pergi, sebaiknya bawa anak-anak jumpa doktor dan dapatkan nasihat doktor untuk ubatan dan panduan menghadapi anak tidak sihat. InsyaAllah, doktor kan berpengalaman.
3. Buku-buku dan alat tulis. Ini penting untuk buatkan mereka leka ketika kita sedang menguruskan urusan kita di dalam hotel terutamanya.
4. Biskut, coklat, air kotak, gula-gula. Biskut itu penting nak makan sambil-sambil isi masa lapang semasa di airport, dalam bas, di masjid. 
5. Topi untuk pakai semasa keluar (Jika perlu)
6. Bawa selipar/ sandal yang flat, senang nak pakai dan cabut.
7. Carrier untuk anak kecil  dan juga backcarry.
8. Tisu basah. Ini penting juga. Selain itu, tisu biasa juga. Banyak kejadian memerlukan tisu basah dan kering ini terutamanya berada dalam bas untuk perjalanan jauh seperti dari Mekah ke Madinah yang mengambil masa yang agak lama.
9. Termometer. Mungkin juga coolfever.

Sebaiknya sebelum pergi umrah, mulalah bercerita dengan anak-anak pasal nak pergi umrah. Selalulah bercerita dengan anak-anak pasal nak pergi umrah ni, nak naik aeroplane, nak pergi Mekah, nak tengok Kaabah, nak pergi solat kat masjidilharam dan lain-lain. Berilah mereka pendedahan awal dan clue awal mana kita nak pergi dan apa tujuan kita ke sana. Boleh juga tunjukkan kat anak-anak keadaan tempat yang akan mereka pergi nanti  seperti cerita-cerita travelog umrah di TV alHijrah dan juga ketika azan berkumandang yang menyiarkan live Kaabah.






Berikut ada beberapa pandangan yang telah kami dapatkan tentang tip-tip membawa anak-anak kecil:-

·  Buat mase ni pengalman saya masa pergi sediri dan yang kakak ipar saya buat kalau budak tu dh boeh jln bawa je..kalau kat tempat sai'e tak payah risau budak2 agak selamat..malah diorg pun suka nak jln2  dan brlari2 anak...cuma kena berjaga2 mase tawaf...sy tgk ank2 saudare sy yang dah besar sikit boleh follow je cuma ibu bapa xgalak pergi menyelit nk cium kaabah atau sbagainya better jln jauh ckit tak payah duk dkt2 sgt ngan kaabah..ikut bulatan yg agak jauh supaya ank2 slamat...sbb org arab kdg2 langgar je..

· aizat mansor kalau kanak2 yg kecik dlm umr 2-4 thn better ayah dukung atau letak kat leher lg selamat...boleh je bw troley tu cuma stil xleh ikut bulatan yg dalam nnt sng kena langgar...

· aizat mansor kalau mak n ayah nk dkt ngan kaabah better gilir2 jaga anak n bukan masa dlm keadaan ihram...selain tu utk ibadah solat kat masjidil haram insya allah mmg budaya kat sana org arab bw anak...cuma smasa smayang andai ank dh bleh berjalan time solat tu kna jaga2 sbb pernah ada bdak time mak dia solat dia g jln...smpai mak dia yg tgh solat trus bhenti solat n kejar...dkt sana ada yg jual mcm pengikat utk ank2,...jd mase kita solat ikat kat pinggang dia n ikat kat tangan kita..jd kalau dia grak pn xleh jauh...

· siti hawa ahmad akk..wani...abg ipar sy...bawak stroller..tp stroller yg ringan dn mudah untuk lipat2..nnt mudah nk bwk msok flight dn bas nnt.. Klo nk ziarah luar dn dlm..abg ipar bwk ank pkai stroller..tp kt dlm msjid nabawi xboleh bawak stroller, cuma kawasan dataran luar shj..stroller kena letak dpn pintu..klo kt masjidilharam, abg ipar dn akak gilir2 dukung, sbb jemaah ramai..appa2 pon doa' kita pada allah..insya'allah Allah mempermudahkan jalan..



Semoga memberi manfaat, InsyaAllah  :)