KELEBIHAN BERPUASA DAN
UMRAH DI
BULAN RAMADHAN
Bulan
Ramadhan adalah bulan penuh barakah dan suci bagi umat islam. Amal ibadah di
bulan ramadhan akan di lipat gandakan oleh allah SWT. Memilih pakej umrah pada
bulan Ramadhan merupakan masa yang
istimewa untuk dilaksanakan. Satu hadith Rasulullulah SAW tentang umrah di
bulan Ramadhan yang ertinya, "Barangsiapa yang umrah bersamaku di
bulan Ramadhan nilainya sama dengan pergi haji bersamaku." Bersyukur
sekiranya kita diberi peluang untuk menunaikan umrah pada bulan yang sangat istimewa itu. kesempatan
yang hanya datang 1 tahun sekali ini banyak kelebihannya .
Bila
Anda mampu, maka sebaik-baiknya memilih
pakej umrah Ramadhan untuk ditunaikan. Kerana fadhilatnya sangat besar , seperti dalam hadith ibnu majjah,: Barangsiapa menemui Ramadhan di Makkah maka
berpuasa dia dan berdiri dia (yakni Solat Terawih dia) apa-apa yang memudahkan
dia, ditulis Allah baginya pada setiap malamnya dengan (pahala) 100,000
kebaikan bulan Ramadhan dan di dalam tiap-tiap hari kebaikan (baginya). Hadith ini menyebutkan bahawa sesiapa
yang berpuasa bulan Ramadhan di Mekah, berpuasa dia dan pada malamnya
mengerjakan Solat Terawih dia,
maka ditulis oleh Allah baginya 100,000
gandaan pahala bagi setiap ibadah dan amalan yang dikerjakan dalam Masjidil
Haram, seumpama berada pada jalan Allah dan mendapat kebaikan baginya pada malam hari
dan pada siang harinya.
Kemudian di dalam hadith yang lain
pula disebutkan bahawa seseorang yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan
serta mengharapkan kurniaan pahala oleh Allah untuknya, maka di akhir Ramadhan
itu dia dibebaskan dari neraka kerana luputlah segala dosanya yang lalu. Dalam
urusan Haji dan Umrah kita diberitahu bahawa Allah menurunkan kerahmatannya
sebanyak 120 rahmat setiap malam dan 120 rahmat setiap siang hari bagi mereka
yg berada di dalam Masjidil haram; iaitu pertama dikurniakan 60 rahmat ketika
mengerjakan tawaf Sunat; kedua, dikurniakan 40 rahmat ketika bersolat sunat di
dalam masjidil haram; dan ketiga 20 rahmat ketika melihat Ka'abah sambil
berdoa. Kerahmatan ini digandakan pula sebanyak 100,000 kali gandaan kerana
setiap amalan di dalam masjidil Haram diberi gandaan sedemikian. Dalam pada
itu, hadith di atas menyebutkan pula betapa banyaknya pahala berpuasa di Mekah.
Maka dgn itulah kita ketemui sebilangan orang iman yg berusaha ke Mekah untuk
berpuasa di sana. Ada yg sepanjang bulan Ramadhan berpuasa di sana. kalaulah
kita dikurniakan Allah kelebihan rezeki,
usahakanlah berpuasa sekurang-kurangnya 10 hari terakhir Ramadhan di sana dan
mengerjakan umrah, termasuk mengerjakan Tawaf sunat di Masjidil Haram. Ganjaran
pahalanya begitu banyak jika dilakukan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.
Semoga kita diberi rezki tambahan serta kemampuan rohani dan jasmani untuk melakukan
ibadah-ibadah sedemikian itu, insya Allah.
No comments:
Post a Comment