Assalamualaikum...
Darul Mubarak Travel & tours sangat memandang tinggi pada semua pelanggan yang datang atau menghubungi di ibu pejabat atau cawangan untuk mendapatkan maklumat berkenaan pakej umrah mahupun pakej perlancongan. Bagi pakej umrah sepanjang tahun 2014 sambutan sangat menggalakkan . Peserta terdiri daripada jemaah yang telah pernah pergi menunaikan umrah dan juga yang baru pertama kali mengerjakan umrah . Bagi yang pertama kali menunaikan umrah pesti berasa sedikit gementar kerana tiada pengalaman, Jangan risau kerana Darul Mubarak mempunyai pembimbing dan pengiring yang akan mengiringi perjalanan anda ke tanah suci. Darul Mubarak akan memastikan pembimbing yang berpengalaman dan berkomitmen akan terus bersama kumpulan jemaah bermula daripada lapangan terbang sehinggalah urusan kepulangan anda ke tanah air semula. Selain daripada itu Darul Mubarak juga sangat prihatin terhadap jemaah , Oleh itu di sini kami sedikan sedikit perkongsian ringkas untuk para jemaah.
Rukun Umrah
Rukun umrah ada 5 perkara. iaitu:
1.
Niat
2.
Tawaf
3.
Saie
4.
Bercukur atau bergunting
5.
Tertib
Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah seperti dibawah.
1. Niat
Setiap ibadah hendaklah dimulai
dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa
umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Berikut ialah lafaz niat umrah:
نويت
العمرة وأحرمت بها لله تعالى
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah
dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”
2. Tawaf
Tawaf
adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia
tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru
itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
Syarat- syarat sah tawaf
Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah
S.W.T.
Lafaz niat Tawaf Umrah:
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di
Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
- Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram.Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
- Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
- Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
- Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
- Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
- Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
- Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
- Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
- Mesti suci daripada hadas besar.
- Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
- Mesti menutup aurat.
3. Sai’e
Sai’e
adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna.
Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana
sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna
akan turut menjadi tidak sah.
Syarat-syarat sah Sai’e:
·
Hendaklah dilakukan
selepas tawaf.
·
Tujuan hendaklah
semata-mata untuk Sai’e.
·
Sai’e hendaklah
dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
· Sai’e dilakukan genap
dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa
dikira sekali pula.
·
Jarak perjalanan Safa
ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah
jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
·
Perjalanan dari Safa
ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.
4. Tahallul
Bertahallul maknanya melepaskan diri
dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah
seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna
semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.
Syarat Tahallul
Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara
bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur
kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan
pisau di atas kepalanya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:
·
Perempuan yang
berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
·
Suami boleh
menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas
kedua- duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting
rambutnya dulu.
·
Perempuan haid boleh
bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.
5. Tertib
Para jemaah hendaklah melaksanakan
segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).
Wajib Umrah
·
Wajib Umrah ialah
perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya
ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam.
Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa
dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya
tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.
·
Berikut ialah
perkara-perkara Wajib Umrah:
1.
Berniat umrah di Miqat (sempadan)
yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
2.
Menjaga larangan ihram.
3.
Miqat Makani (sempadan tempat)
adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah
melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai
ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh
dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.
Miqat bagi jemaah umrah :
Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam
perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk
jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar
Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah
yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju
Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.
No comments:
Post a Comment