Alhamdulillah, Darul Mubarak Travel & Tours telah selamat menghantar 28 orang jemaah haji pada 20 Oktober 2012 bersamaan 4 Zulhijrah 1433H. Walaupun pelbagai halangan dan cabaran yang dihadapi, akhirnya para jemaah haji selamat berlepas ke tanah suci dengan menaiki penerbangan MAS jam 7.30 petang terus ke Jeddah. Terpancar kegembiraan di wajah-wajah yang ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci semasa menghantar mereka ke KLIA. Wajah-wajah yang rindu pada Allah, dan pergi untuk menyahut panggilanMu. Labbaik Allahumma Labbaik....
Beg para jemaah
KRS Travel
Beg Darul Mubarak
Penerbangan terus ke Jeddah
Check In
Perbincangan
Staf berkomunikasi dengan waris
Menanti penerbangan
Penyerahan Passport
Gembira untuk ke Tanah Suci
Terpancar senyuman para jemaah
Waris yang menghantar jemaah
Sedang menunggu untuk berlepas ke Tanah Suci
Para jemaah
Tag Beg
Check In
Staf KRS Travel & Darul Mubarak Travel
Semoga para jemaah selamat menunaikan Ibadah Haji yang mabrur.
Dan dikesempatan ini, Darul Mubarak juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eiduladha kepada semua yang sentiasa menyokong kami samada secara tidak langsung ataupun langsung. Semoga setiap langkah perjalanan kita sentiasa mendapat redha Allah dan semoga umat Islam terus berusaha untuk menguasai semua bidang. Kehidupan ini perlukan pengorbanan dan semoga kita diantara orang-orang yang sanggup berkorban harta, masa, jiwa dan raga untuk kepentingan agama Islam. Maaf Zahir & Batin daripada kami pekerja-pekerja Darul Mubarak. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua :)
No comments:
Post a Comment