Assalamualaikum w.b.t
Sebagai seorang muslim yang ingin bermusafir samada melancong dalam atau luar negara. Solat Jamak dan Qasar merupakan salah satu rukhsah daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Ia adalah keringanan daripada Allah dan ia hanya boleh dilakukan dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja. 4 perkara yang perlu anda tanya tentang Jamak/Qasar sebelum bermusafir.
1. Tujuan musafir :
- Musafir wajib - seperti pergi menunaikan haji, umrah pertama dan berjihad
- Musafir sunat - seperti menziarahi saudara dan ketiga-tiga masjid suci.
- Musafir harus - seperti melancong dan berdagang
- Musafir makruh - seperti bermusafir berseorang
2. Tempat yang dituju lebih dari 81 kilometer.
3. Pastikan berapa lama tinggal/singgah di tempat yang dituju.
- Sekiranya tidak pasti tempohnya tinggal disitu kerana melakukan tugas yang belum tentu bila selesainya (boleh jadi satu hari atau berlanjutan), maka boleh menjamakkan/menqassarkan solat sepanjang berada disitu sehingga 18 hari sahaja (kiraan tidak termasuk hari perjalanan pergi dan pulang). Jika urusannya masih belum selesai, maka pada hari ke-19, kena mula bersolat tamam (sempurna 4 rakaat)
4. Anda merancang untuk singgah / tinggal di tempat tersebut tidal lebih 3 hari. (kiraan tidak teda rmasuk hari perjalanan pergi dan pulang)
- Sekiranya hanya merancang untuk tinggal di tempat tersebut selama sehari, dua atau tiga hari sahaja (kiraan tidak termasuk hari perjalanan pergi dan pulang), maka boleh menjamakkan/menqassarkan solat sepanjang tempoh berada disitu.
No comments:
Post a Comment