Thursday, October 25, 2012

'Kem Saintis Mukmin'

Borang boleh didapati di Pejabat Darul Mubarak,Seri Iskandar atau hubungi kami.

'Saintis Mukmin Harapan Ummah'


Musim yang sesuai ke Korea



Negara Korea ada 4 Musim iaitu:-




MUSIM PANAS-SUMMER
Bulan Jun,Julai,Ogos
Cuaca musim ini panas,lebih kurang macam dekat Malaysia
Waktu ini ramai rakyat korea akan ke pantai
Kadang-kadang hujan turun dengan lebat pada musim ini
average temperature 35'c
Kalau pergi masa musim panas ini,sila bawak cermin mata hitam,minum banyak air dan jangan lupa payung

MUSIM SEJUK-WINTER
Bulan Disember,Januari,Februari
Siapa hendak main salji boleh pilih musim sejuk
Average temperature -10'c
Sejuk..freezing
Jangan lupa bawak baju sejuk tebal-tebal ye :)

MUSIM BUNGA-SPRING
Bulan Mac,April,Mei
Siapa hendak tengok bunga sakura boleh datang masa musim ini
dengan langit yang membiru,mesti best jalan-jalan
average temperature 10'c..still sejuk kan
Jadi jangan lupa bawak jaket tebal


MUSIM LURUH-AUTUMN
Bulan September,Oktober,November
Masa yang sangat sesuai nak lawat Korea
Boleh tengok daun-daun bertukar warna dan berguguran di bumi
Kebanyakkan yang telah sampai musim ini menyatakan pemandangan korea waktu ini sangat cantik.
Average temperature 20'c (agak sejukkan..)
Kalau pergi musim ni,sila pakai footware yang sesuai sebab akan banyak berjalan untuk menikmati pemandangan yang indah di Korea


Oleh ini, anda bolehlah merancang hendak bercuti mengikut mana-mana musim yang diinginkan. Hubungi kami segera di talian  05-3714001 / 016-5247001 untuk tempahan ke Korea.
"Untuk Khidmat Yang Lebih Menyakinkan Anda"


Monday, October 22, 2012

Keberangkatan Jemaah Haji 2012


Alhamdulillah, Darul Mubarak Travel & Tours telah selamat menghantar 28 orang jemaah haji pada 20 Oktober 2012 bersamaan 4 Zulhijrah 1433H. Walaupun pelbagai halangan dan cabaran yang dihadapi, akhirnya para jemaah haji selamat berlepas ke tanah suci dengan menaiki penerbangan MAS jam 7.30 petang terus ke Jeddah. Terpancar kegembiraan di wajah-wajah yang ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci semasa menghantar mereka ke KLIA. Wajah-wajah yang rindu pada Allah, dan pergi untuk menyahut panggilanMu. Labbaik Allahumma Labbaik....


Beg para jemaah 

KRS Travel

Beg Darul Mubarak

Penerbangan terus ke Jeddah
Check In

Perbincangan

Staf berkomunikasi dengan waris

Menanti penerbangan

Penyerahan Passport

Gembira untuk ke Tanah Suci

Terpancar senyuman para jemaah

Waris yang menghantar jemaah

Sedang menunggu untuk berlepas ke Tanah Suci

Para jemaah
Tag Beg

Check In
Staf KRS Travel & Darul Mubarak Travel

Semoga para jemaah selamat menunaikan Ibadah Haji yang mabrur. 

Dan dikesempatan ini, Darul Mubarak juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eiduladha kepada semua yang sentiasa menyokong kami samada secara tidak langsung ataupun langsung. Semoga setiap langkah perjalanan kita sentiasa mendapat redha Allah dan semoga umat Islam terus berusaha untuk menguasai semua bidang. Kehidupan ini perlukan pengorbanan dan semoga kita diantara orang-orang yang sanggup berkorban harta, masa, jiwa dan raga untuk kepentingan agama Islam. Maaf Zahir & Batin daripada kami pekerja-pekerja Darul Mubarak. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua :)

Sekian, wassalam.

Galeri haji Darul Mubarak. Klik sini


Thursday, October 18, 2012

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

"Selamat Berangkat Kepada Semua Jemaah Haji 1433H" 
Semoga Mendapat Haji Yang Mabrur

~Kaabah Di Masjdil Haram 1433H~

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”
Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)

Saturday, October 13, 2012

Terkini Perlancongan!!


DESTINASI

TARIKH
BIL
HARI
HARGA
DARI
MASA
BERLEPAS
MASA
TIBA
PADANG/BUKIT TINGGI
28/10/2012
 (0750-0800)
31/10/2012
 (0830-1040)
4H3M
*RM1250
KOREA
31/10/2012
(0850-1610)
05/11/2012
(1735-2320)
6H5M
*RM3850
QURBAN DI KEMBOJA
28/10/2012
0705-0750
31/10/2012
1645-1935
4H3M
*RM1750
BEIJING
11/11/2012
 (1835-0120 HRS) +1
16/11/2012
 (0150-0845 HRS)
6H4M
*RM2450
VIETNAM (HO CHI MINH)
11/11/2012
 (0910-1000)
14/12/2012
(2010-2305)
4H3M
*RM1750
JAKARTA BANDUNG
(PROGRAM BELAIAN KASIH)
15/11/2012
1340-1445
18/11/2012
2030-2330
4H3M
*RM1250
JORDAN/BAITULMAQDIS
19/11/2012
24/11/2012
7H5M
*RM6550
BRUNEI
23/11/2012
(1340-1600)
25/11/2012
(1625-1840)
3H2M
*RM1350
JAKARTA/PUNCAK/BANDUNG
24/11/2012
(0700-0800 HRS)
27/11/2012
(2030-2330 HRS)
4H3M
*RM1250
SHENZHEN/GUANGZHOU
26/11/2012
(KL-SXN, AK1086)
(0625-1020 HRS)
30/11/2012
(KL-CAN, AK1017)
(2105-0110 +1)
5H4M
*RM1950
KOREA
06/12/2012
0100-0820
12/12/2012
1735-2320
7H6M
*RM4050
JAKARTA/PUNCAK/BANDUNG
09/12/2012
(0700-0800 HRS)
12/12/2012
(2030-2330 HRS)
4H3M
*RM1250
VIETNAM (HO CHI MINH)
13/12/2012
 (0910-1000)
16/12/2012
 (2010-2305)
4H3M
*RM1950
KOTA KINABALU SABAH
14/12/2012
 (0650-0920 HRS)
16/12/2012
 (1935-2205 HRS)
3H3M
*RM1150
BEIJING (SKI TOUR)
19/12/2012
(D7 316)
(1835-0120 HRS) +1
24/12/2012
(D7 317)
(0150-0845 HRS)
6H4M
*RM2050
MEDAN PARAPAT BERASTAGI
21/12/2012
 (0845-0845 HRS)
24/12/2012
 (1755-1955 HRS)
4H3M
*RM1350
SIEM REAP CAMBODIA
HALAL’S TOUR
21/12/2012
(0650-0750 HRS)
23/12/2012
(0835-1135 HRS)
3H2M
*RM1600
BEIJING
10/01/2013
 (1835-0120 HRS) +1
16/01/2013
 (0150-0845 HRS)
6H4M
*RM1850
VIETNAM (HO CHI MINH)
08/02/2013
 (0910-1000)
11/02/2013
 (2010-2305)
4H3M
*RM1750
BEIJING
(CUTI SEKOLAH)
09/03/2013
 (1835-0120 HRS) +1
14/03/2013
 (0150-0845 HRS)
6H4M
*RM2050

















































* SILA HUBUNGI DARUL MUBARAK UNTUK PENGESAHAN HARGA TERKINI
* HARGA & TARIKH ADALAH TERTAKLUK PADA PERUBAHAN TANPA NOTIS
* HARGA MASIH BOLEH DIRUNDING MENGIKUT SYARAT
* HARGA BOLEH BERUBAH-UBAH SELAGI DEPOSIT & MUKA DEPAN PASSPORT TIDAK DITERIMA
* TARIKH TAMAT SAH LAKU PASSPORT MESTI SAH 6 BULAN & KEATAS*

-PAKEJ TERMASUK-
* Tiket Pergi & Balik-UDARA
* Makanan Seperti Aturcara
* Penginapan (3*)
* Visa (JIKA PERLU)
* Pemandu Pelancong
* Pengangkutan Di Destinasi Lawatan
* Cukai Lapangan Terbang Pergi Sahaja

-PAKEJ TERKECUALI-
* Cukai Lapangan Terbang Balik
* Tips (Driver & Guide) Di Destinasi Lawatan
* Lebihan Bagasi (15KG Keatas)
* Passport
*Makan Atas Penerbangan

-SYARAT PENYERTAAN-
* Deposit RM200-RM1000 (Bergantung Kepada Destinasi)
* Salinan Muka Depan Passport (JIKA PERLU)
* 2 Keping Gambar Passport&Passport Asal-1Bulan Sebelum Berlepas (Destinasi Yg Perlu VISA)


http://dmubarak.com/pakej-pelancongan/

 

Tuesday, October 9, 2012

Umrah Cuti Sekolah 2013



Menghabiskan waktu cuti sekolah dengan mengikuti Umrah Cuti Sekolah bersama Darul Mubarak Travel & Tours pasti menjanjikan satu kenangan manis buat diri sendiri dan keluarga. Cuti sekolah diisi dengan kembara yang mendekatkan kita sekeluarga pada Ilahi... menziarahi tempat-tempat bersejarah dalam Islam di Mekah dan Madinah disamping melakukan ibadah umrah. Pelbagai keistimewaan yang kami ada berbanding syarikat yang lain. Setiap kumpulan jemaah yang mengikuti Darul Mubarak akan sentiasa mendapat bimbingan sepanjang masa.


Ustaz Ismi & keluarga
Umrah

Selain melakukan ibadah umrah 7 kali, kami juga akan membawa anda melawat beberapa tempat sebagai lawatan tambahan iaitu :-

     
  • Kilang Cetak Al-Quran
  • Kilang Tenun Kelambu Kaabah
  • Muzium Dua Tanah Suci
  • Ladang Ternakan Unta
  • Masjid Terapung Al-Rahman


Anda berminat? Yakinlah dengan kami dan tempahan boleh dibuat sekarang mengikut pakej pilihan anda. 
  • Anda perlu mengisi borang pendaftaran umrah mengikut pakej pilihan anda. Borang Pendaftaran umrah boleh di dowload sini (klik sini) @ email kami untuk berdaftar (darulmubarak@yahoo.com) @ datang terus ke pejabat kami yang terdekat di alamat berikut :-

37, Jalan Maju 1, Taman Maju,
32610 Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan,
Malaysia.  
TEL (605-3714001)
MOBILE (6016-5247001)


No 69A Laluan Jelapang Selatan,
Taman Kledang 30100,
Ipoh Perak Darul Ridzuan.
Malaysia.
Tel (605-5287001)
Mobile (6016-5267001)


Lot 3015 E, Jalan Rusila, Kampung Rusila,
21080 Marang, Terengganu
Malaysia.
TEL / FAX (609-6174001)
MOBILE (6013-9538258)


No 4-1 Tingkat 1, Jalan Citra,
Plaza Citra Kajang, 43000 Kajang,
Selangor darul Ehsan,Malaysia

TEL (603-87393018)
MOBILE (6016-5200102)


  • Sila pastikan nama penuh anda betul dan maklumat ditulis tanpa kesalahan ejaan. Nyatakan juga jika ada masalah kesihatan serta nyatakan ubatnya sekali.
  • Ketika menyerahkan borang ini, sila sertakan deposit RM 500 untuk tempahan. Pembayaran deposit RM 500 mestilah disertakan dengan resit yang discan atau bawa resit terus ke pejabat kami.
  • Anda boleh memilih untuk menghantar borang tersebut sama ada melalui email kami darulmubarak@yahoo.com atau hantar terus ke pejabat kami yang terdekat seperti alamat dia atas. 
  • Selepas itu, pihak kami akan membuat visa untuk anda. Pihak kami akan menghubungi peserta selewat-lewatnya 2 hari sebelum berangkat menyatakan VISA telah pun siap. 
  • Bagi jemaah pakej umrah, anda perlu memastikan kesemua dokumen penting disiapkan. Berikut adalah diantara senarai semak dokumen untuk keperluan umrah :- 
  1. Borang pendaftran yang lengkap diisi setiap seorang
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Passpord antarabangsa (tempoh sah laku melebihi 6 bulan ke atas dan tidak kurang  4 muka surat)
  4. Buku / surat pengesahan suntikan Anti Meninggococcal Vaccine ACYW 135
  5. Empat keping gambar terbaru ( visa umrah  )
>>Harga RM 100 untuk passport 3 tahun dan RM 300 untuk 5 tahun. Pihak kami akan menghubungi jema’ah selewat-lewatnya 2 hari sebelum berangkat menyatakan VISA telah pun siap. Selain itu, pihak kami juga akan menyediakan nametag, tempahan tiket penerbangan, tempahan hotel penginapan di sana dan urusan pengangkutan Mekah dan Madinah.

>>Jema’ah perlulah menjelaskan baki yuran dari pakej yang dipilih, selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh berangkat. 

>>Jema’ah perlu berada di KLIA 4 jam sebelum waktu check-in. Kami menyediakan bas untuk bertolak ke KLIA supaya bersedia di sana 4 jam sebelum waktu bertolak. Pihak kami bersedia 8 jam sebelum check-in, bagi memastikan kesemua jema’ah tidak menghadapi masalah dan selamat bertolak ke destinasi.
Sekian,


"Untuk Khidmat Yang Lebih Menyakinkan Anda"

Friday, October 5, 2012

Promosi Qurban/Aqiqah di Kemboja

Kelebihan Qurban/Aqiqah di Kemboja :

Anda dapat menambah lebih makna kepada ibadah qurban/aqiqah yang dilakukan kerana ia diagihkan kepada golongan yang lebih memerlukan di samping harganya yang murah.


RM 250 untuk satu bahagian seekor lembu.


Hubungi kami  : 05-3714001/016-5247001
No 37, Jalan Maju 1, Taman Maju, 32610 Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.


QURBAN ialah binatang ternakan seperti lembu dan kambing, yang disembelih pada hari raya Aidiladha dan tiga hari selepasnya dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Kelebihan Ibadah Qurban
Banyak kelebihan ibadah Qurban yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w., di antaranya:
  • Amalan yang paling disukai oleh Allah pada hari raya Aidiladha (Direkodkan oleh al-Hakim dalam Kitab al-Adhahi)
  • Darah binatang korban jatuh di satu tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t. sebelum ia jatuh ke tanah dan menyebabkan jiwa orang  yang melakukan qurban menjadi bersih (suci) (Direkodkan oleh al-Hakim dalam Kitab al-Adhahi)
  • Diampunkan semua dosa orang yang melakukan qurban pada titisan darah yang pertama keluar  dari binatang sembelihan (Direkodkan oleh al-Hakim dalam Kitab al-Adhahi)

Hikmat Qurban
  • Memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup mematuhi perintah Allah s.w.t supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. dan Allah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan seekor kambing.
  • Menanamkan rasa syukur terhadap nikmat Allah s.w.t. yang melimpah ruah melalui perkongsian dengan golongan yang memerlukan.
  • Menguatkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan di antara umat Islam melalui aktiviti yang mencerminkan keperihatinan.

AQIQAH ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara / tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)